Sunday 25 March 2012

KiSaH CoUpLe... ^_^

Assalamualaikum



A: Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

B: Ok, boleh je tade masalah. Couple ke?

A: Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

B: Ok. Bila nak kahwin?

A: Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya       dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

B: Ok, kita putus sekarang gak.

A: Eh, kenapa?????

B: Tiga sebab;

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. "Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah." No.

A: Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

B: "Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon." Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Ok, saya letak tepon dulu. Salam.

A: Wslm.

(tut tut...)
 
 
* Hidup ni tak lama. bila-bila masa je Allah bole ambil nyawa kita. tak kira tua atau pun muda. nyawa kita ni hanya pinjaman sahaja. hanya Allah saja yg lawak utk mengambilnya..*adakah kita semua sudah bersedia utk menghadapi hari itu? Allahhurabbi..dOsa kami menggunung ya Allah..mOga Allah tidak mengambil nyawa kita dlm keadaan dosa yg menggunung. mOga kita sempat bertaubat kepadaNya. Ampunkan dOsa kami ya Allah.. T_T

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.


 *Wahai Muslimah Carilah lelaki yang boleh mengingatkan mu tentang Sembahyang, Bukan lelaki yang selalu mengajak ... tengok wayang, Carilah lelaki yang selalu mengingatkan dirimu untuk Mengaji, bukan lelaki yang selalu mengajak mu SMS tiap-tiap Hari, Carilah lelaki yang boley mengajar mu menghormati orang tua, kerana disitu letaknya pintu syurga. :)
OK.Bye Waalaikummusalam

*SMILE ALWAYS* ! *n_n* !

SiNaR CaHaYa AyAt KuRsI ^_^

 Assalamualaikum

  • Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,  pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semuamemohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

AMIN......:)

OK.Bye Waalaikummusalam

*SMILE ALWAYS* ! *n_n* !